Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERCATURAN BN GAGAL PECAHKAN PR


Friday, April 19, 2013

DAP tiada dalam PRU kali ini?

Lambang parti DAP bakal hilang daripada kertas-kertas undi pada pilihanraya umum kali yang ke 13 ini ekoran tindakan ROS yang tidak mengiktiraf parti tersebut 2 hari sebelum penamaan calon.

Tetapi perancangan BN melalui ROS itu untuk memastikan DAP tidak bertanding kali ini telah ditukar kepada satu kuasa baru yang tidak terjangkakan oleh BN sendiri. DAP tetap bertanding PRU13 tetapi dengan menggunakan logo PAS untuk Semenanjung Malaysia dan logo PKR untuk Sabah dan Sarawak.

'Wamakaru wamakarallah... Wallahu khairul makirin' 

Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik 
Perancang.

Siapa yang menyangka dan termimpi untuk menyaksikan calon-calon DAP menggunakan logo PAS untuk bertanding dalam PRU. Sesuatu yang diluar jangkaan tetapi tetap diterima baik oleh PAS sendiri. Tujuan BN menggunakan ROS telah memakan diri. Mereka mahukan perpecahan di dalam parti-parti Pakatan Rakyat agar senang mereka memanipulasikan pilihanraya yang paling getir dalam sejarah BN ini, tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Pakatan Rakyat semakin akrab, semakin kuat dengan krisis yang direka dan ditimpakan kepada mereka.

Bayangkan apabila bendera-bendera DAP seluruh negara digantikan dengan bendera PAS. Maka, menghijaulah seluruh pekan Ipoh sedikit hari lagi.

Tekad mereka telah bulat. Seperti kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan.


DAP guna simbol PAS dan PKR

Harakahdaily,19 Apr 2013

(Mesyuarat DAP bersama para Setiausaha Agung PAS dan PKR lewat petang semalam)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan kesemua calon parti itu akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Keputusan ini dibuat selepas tamat tempoh jam 3 petang yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat mereka dua hari lalu.

Pada 17 April, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa ke atas semua pertubuhan berdaftar itu.

Ia dibuat 48 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung esok.

Dalam mesyuarat DAP bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, datuk Saifudin Nasution Ismail lewat petang semalam, keputusan telah dicapai agar semua calon DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS manakala di Sabah dan Sarawak menggunakan logo PKR.

Malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP membuat keputusan untuk memberikan waktu kepada ROS agar menarik balik surat itu sebelum jam 3 petang hari ini.

Selepas waktu itu berlalu, DAP mengambil keputusan untuk melaksankan plan yang dipersetujui bersama rakan Pakatan itu.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam.

Sejak petang semalam lagi, kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sibuk menyiapkan surat kuasa untuk membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS.

Surat yang akan diserahkan kepada semua calon DAP itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Penganalisis politik dari Singapore Management University, Dr Brigate Welsh (gambar kiri atas)berkata, tiga kesilapan besar telah dibuat oleh BN sehingga menyebabkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat semakin rapat.

Tindakan ROS ke atas DAP, video lucah Setiausaha Agung PAS dan pemilihan Zulkifli Nordin sebagai calon BN dinamakan sebagai sebab-sebab itu oleh Brigate dalam tulisannya di Malaysiakini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.