PKR pecat dua ahli tanding Bebas
Ismail (tengah) bersama orang kuat bilik gerakan PKR Perak pada sidang media, semalam.
 
IPOH – Dua ahli PKR yang bertanding sebagai calon Bebas, iaitu Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani dan Ketua Cabang Tanjung Malim, Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin akan dipecat dari keahlian PKR Perak.Ridzuan akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tapah, manakala Kamal Badri akan bertanding di kerusi Dun Behrang.

Pengarah Pilihan Raya PKR Perak, Ismail Yusop berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk melakukan tindakan sama kepada penyokong dan pencadang kedua-dua individu berkenaan.


"Kepimpinan parti anggap tindakan dua ahli itu tidak mengejutkan, namun sangsi dengan niat sebenar mereka bertanding sebagai calon Bebas.


"Kita akan sarankan kepada pimpinan pusat untuk memecat mereka dari parti. Mereka mungkin berbuat demikian kerana tidak disenaraikan sebagai calon," katanya pada sidang media di Pejabat PKR Negeri Perak, semalam.


Tambahnya, perkara itu membuktikan pilihan pucuk pimpinan PKR adalah tepat kerana calon dilantik mewakili parti mesti taat setia kepada parti serta perjuangan, tidak kira dicalonkan atau tidak.