Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu

07/04/2013 7:25pm

LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan.
Katanya, satu fail putih mengandungi dua surat Kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.
"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.
Menurutnya, statistik terkini tangkapan di bawah SOSMA adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.