Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis siasat DVD lucah kaitkan pemimpin politik

12 April 2013
KUALA LUMPUR - Polis dijangka bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung dakwaan cakera video digital (DVD) dan gambar lucah yang dikaitkan dengan pemimpin politik di Terengganu kerana bahan itu turut dipaparkan di laman sosial.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sampul surat mengandungi DVD dan gambar lucah yang diletakkan di hadapan beberapa buah rumah di Kampung Alor Lintang di Terengganu telah diteliti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.


"Kita terima laporan daripada orang awam yang menemui sampul surat di hadapan rumah mereka sebelum memeriksa isi kandungannya dan mendapati terdapat sekeping DVD serta sekeping gambar lucah yang diletakkan di hadapan pagar rumah mereka.


"DVD dan gambar lucah yang diambil daripada visual dalam cakera padat berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya pada taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Bukit Aman, di sini hari ini.


Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan melihat pelbagai aspek termasuk pihak yang mengedar serta melihat sama ada pelaku dalam video berkenaan membabitkan ahli politik.


"Mereka yang didapati mengedarkan video lucah berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau penjara atau kedua-duanya," katanya.


Sementara itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak khususnya ahli politik yang ada menerima ugutan atau ancaman jenayah agar melaporkan kepada polis bagi tujuan siasatan.


Ramli juga meminta orang awam berwaspada terhadap mana-mana pihak yang cuba menyamar, seperti mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan kad pengenalan menjelang pilihan raya umum akan datang.


"Sebagai contoh adakan sekatan jalan raya, periksa kad pengenalan, memakai pakaian seragam tertentu dan sebagainya seperti yang diingatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini," katanya.


Di KUALA TERENGGANU, polis Terengganu menafikan dua individu yang didakwa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan berhubung penyebaran DVD lucah yang dipercayai membabitkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat berhubung kes itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Katanya dakwaan yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar dan sehingga kini pihaknya masih mengesan individu yang terlibat dalam pengedaran DVD terbabit.


"Ya kami mengesahkan telah merampas 16 keping DVD yang kononnya dikatanya mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Besut semalam. 


"Pihak kami masih menjalankan sisatan berhubung penyebaran video berkenaan di Besut dan sehingga kini kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Manoharan turut memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan khabar angin agar segera menghentikannya. - Bernama

1 orang berkata:

1Crony said...

Harun Din tentunya amat percaya si pelakon dalam DVD Lucah itu comfirm Mustaffa Ali?. Sebab apa? Sebabnya Kalau kena kat Anwar Ibrahim pun Ular Mak ni percaya 100%, wal hal dia selalu berceramah dan menerangkan azab kepada pembawa fitnah..... Kalau dah kepala UMNO tu, kepala UMNO jugak. Aku amat risau kalau Tuan Guru Nik Aziz meninggalkan kita kelak dan tempatnya akan diganti dengan ulama tahi cicak ni sebagai Musyidul Am PAS... Maka bertaburanlah ahli PAS dengan pimpinan ulama tahi cicak ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.