Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pra-PRU13 - Surahan Pagi : BN Penang terus bergolak,"Datuk Seri" umum sokong PR

Hj.Anuar Hashim | Perakite 
Tasek Gelugor | 15.4.13 -

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh kepimpinan Umno/Barisan Nasional apabila mengumumkan akan bertanding bebas.
Bekas Anggota Parlimen Tasek Gelugor (2004) itu berkata, oleh kerana beliau tidak disenaraikan, maka beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

Shariff berkata demikian di kawasan rumahnya di Tasek Gelugor semasa berucap kepada kira-kira 2,000 penyokongnya yang turut berjanji akan mengundi beliau.

Shariff berkata beliau akan bertanding kerusi parlimen, manakala dua rakannya Mustaffa Idrus, AJK Umno Bahagian dan Azmi Alang, Naib Presiden Perkasa kemungkinan bertanding kerusi DUN Teluk Ayer Tawar dan Sungai Dua.

Beliau turut mencabar Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow memecat beliau daripada kerana menyanggahi keputusan parti. 

Shariff memang berharap dicalonkan kali ini tetapi BN telah menamakan Shahbudin Yahya. Bagi kerusi DUN Telok Ayer Tawar dan Sungai Dua, Umno menamakan Datuk Jahara Hamid dan Muhamad Yusoff Mohd Noor sebagai calon.. Shariff mendakwa Umno tidak berlaku jujur kepada beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.