Walaupun sedang berdepan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap komited dan memberikan jaminan bahawa proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata proses PRU13 tidak akan terganggu walaupun sebahagian anggota pasukan keselamatan ditugaskan dalam Operasi Daulat di Sabah.

"Kita akui kita sedang berhadapan dua isu besar (pilihan raya umum dan Operasi Daulat), yang boleh memberikan impak terhadap penugasan kita. Namun kita yakin kita dapat mengendalikan kedua-duanya dengan baik dan terkawal," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Mohd Bakri berkata dakwaan proses pilihan raya akan terjejas kerana 

anggota polis tidak mencukupi untuk memantau dan mengawal PRU adalah tidak benar kerana pihak polis telah mengadakan persiapan untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.
"Tidak bermakna anggota-anggota kita yang ditempatkan di Lahad Datu itu akan menjejaskan persediaan polis untuk menghadapi pilihan raya.