Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Raja Bahrin jawab spekulasi tanding di Kuala Terengganu
W. SAIDATUL FADZILAH W. NAJEMUDIN
6 April 2013
Raja  Bahrin
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah
KUALA TERENGGANU – Pas membayangkan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tidak rasmi itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dalam ceramahnya di Pasar Chabang Tiga, di sini, malam kelmarin, sekali gus membenarkan spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini.

Sebaliknya, Raja Bahrin, seorang arkitek terkenal, ketika ditemui selepas program ceramah tersebut memberitahu, beliau belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak mendengar secara tidak rasmi berhubung pencalonan beliau di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab tersebut, sekiranya diberi kepercayaan.

“Cara tidak rasmi begitulah tetapi saya belum dapat tawaran rasmi lagi dan saya dengar-dengar begitu (akan dicalonkan) tetapi saya kena tunggu tawaran yang rasmi. Kita tidak boleh cakap selagi tidak rasmi,” katanya.

Selain Raja Bahrin, program ceramah Pakatan Rakyat (PR) turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Tengku Hassan.

Ditanya sama ada beliau bertanding atas tiket Pas, Raja Bahrin, memberitahu beliau ada menerima tawaran tidak rasmi daripada parti itu dan mengakui beliau adalah ahli Pas.

“Tunggulah. Saya tidak boleh kata apa-apa lagi kerana orang lain yang sudah jadi Yang Berhormat pun belum sah lagi bertanding. Saya ini baru, takkan mahu didahulukan oleh parti. Kena tunggulah, tapi saya tidak nafi tawaran itu saya dengar, insya-ALLAH,” katanya.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengesahkan Raja Bahrin antara nama yang sedang dinilai Pas untuk dicalonkan.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, juga disebut-sebut sebagai calon Pas, tetapi difahamkan beliau tidak berminat.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu disandang Mohd Abdul Wahid Endut yang menang dalam pilihan raya kecil pada 2009. Sebelum itu kerusi itu disandang oleh calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.