Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ros: DAP boleh guna simbol parti tanding PRU13
Wartawan Sinar Harian
18 April 2013
KUALA LUMPUR - Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul Rahman Othman.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.
  
Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
  
"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.
  
Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.