Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 13 April 2013

Mamat Ni Kena "Tangkap" Cabut Bendera PR...??

Ini bukan kes kena tangkap bro..tapi mamat ni baik hati kerana dia dapat duit gantung
 bendera untuk BN..dengan bendera PR dia gantung sekali...

Umno Kangar Bantah Ulamak Umno Ini Jadi Calon..

Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis  lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.


Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.

“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar  tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) hadir dalam perhimpunan tersebut.

Panasss...Kontrovesi Sungai Aceh..Kenyataan Terkini Chegu Bard..

Panass bagi Umno la beb...kalau blh Puak Haprak ni tak mahu perkara nii selesai dengan baik.."Memahami soal kerusi dan siapa calon bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili"kata Chegu Bard.
Chegu Bard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. CheguBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
 
Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, Chegu Bard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
.
Ini kalilah !

che'GuBard"

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.