Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 6 April 2013

Ustaz Azhar Idrus 'Duta' Pemuda PAS Terengganu Sepanjang Kempen PRU-13

KUALA TERENGGANU - Fokus utama dan istimewa Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) adalah Naib Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang InssyaAllah akan bertanding di peringkat parlimen disamping Ketuanya sendiri, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang dijangka mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.

Menurut Ustaz Mohd Nor, Timbalan Ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangan di DUN Teluk Pasu.

Katanya,  pemuda akan membuat sentuhan istimewa dengan melantik pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idus sebagai 'Duta' pemuda PAS Terengganu sepanjang kempen pilihanraya umum kali ke-13 yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini.

"InsyaAllah,  fokus utama dan istimewa di parlimen yang akan ditandingi oleh Ustaz Kamaruzaman (Abdullah) Naib Ketua DPPNT, kita akan membuat sentuhan 'istimewa' dengan seluruh pengundi muda,

" Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang (kemen) PRU-13,"ujarn belaiau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DN Bukit Payong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Gatih Bersam Ustz Azhar Idrus' di sini semalam, Jumaat 5 April.

Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.

Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi 'Tawaran Anak Muda Berkebajikan ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.

"kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya.BO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.