Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEKOLAH MANA HASSANG JATI BELAJAR ? MENYESATKAN !

Thursday, April 11, 2013

PAS Syirikkan KALIMAH ALLAH, Umat ISLAM WAJIB Sokong UMNO - HASAN JATI



Sebentar tadi berlangsungnya sidang akhbar di rumah Datuk Dr. Hasan Ali bersama Datuk Dr. Sidek Baba. Turut hadir pada sidang akhbar itu ini ialah Aidit Ghazali.
Sidang akhbar yang dibuat oleh Jati atau Jalur Tiga ini berkenaan keputusan Jati yang telah memutuskan menyatakan sokongan kepada kepada Barisan Nasional. Jati menyeru orang Melayu dan penganut Islam supaya mengundi Barisan Nasional (BN). Malah wajib bagi setiap umat Islam dan orang Melayu menyokong UMNO dan BN.
Walaupun sedar keputusan ini akan ditentang dan dicabar pihak tertentu, bagaimanapun tetapi atas nama prinsip dan atas nama perjuangan serta jihad, Jati bersedia menghadapinya. Jati juga tidak yakin dengan Pakatan Rakyat dalam mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi diRaja.
Datuk Dr. Hasan Ali (tengah) bersama Datuk Dr. Sidek Baba (kanan). Turut hadir pada sidang akhbar itu ini ialah Aidit Ghazali.

Tambah Hasan, golongan ulama mula tampil menentang Pas apabila parti itu mensyirikkan kalimah Allah kerana mereka tidak mahu negara ini ditimpa malapetaka. Matlamat negara Islam dan hudud juga digugurkan manakala negara sekular mahu dibentuk oleh Pakatan Rakyat. Fahaman liberalisme barat turut menjadi asas bernegara dan fahaman pluralisme dijadikan asas beragama serta berazam untuk menghapus hak istimewa Melayu

Hasan turut mengarahkan Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya bermuhasabah diri, apakah dia masih layak memimpin Kelantan dan Pas, sedangkan banyak suara sama ada di luar atau dalam Pas yang mula mempertikai kemampuan pemimpin veteran itu.

Hasan bagaimanapun menafikan Jati dibeli oleh pihak kerajaan. Ketika ditanyakan sama ada Hasan akan bertanding dalam PRU-13, beliau belum membuat sebarang keputusan.
Yang pastinya, Jati akan menggempur kawasan yang ditandingi Anwarinas dan Permatang Pauh.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.