MCA boikot kempen BN
.
WANGSA MAJU - MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.
Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

Menurutnya, suara rakyat di akar umbi di Wangsa Maju langsung tidak didengar oleh Najib  Razak setelah NGO menghantar memorandum kepada Najib supaya Teong Look dicalonkan.

“Malah MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA,  Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.
INI TUGAS ANAK MUDA
MASA DEPAN NEGARA
BUKAN DI TANGAN
MAT BANGLA