Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 9 April 2013

Akhirnya Umno Kantoii..Inilah Banner "Provokasi" Yang Di Kesan Di Seluruh Selangor..

Sepandai-pandai Babi menyondol akhirnya patah juga taringnya..perumpamaan ini samalah dengan Parti Umno Haprak yang cuba melakukan provokasi dengan memasang banner diseluruh negeri Selangor..Namun kesilapan mereka dapat dihidu..baca kat bawah nii..

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mengingatkan rakyat seluruh Selangor berwaspada dengan kain rentang palsu yang dikesan sedang giat dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab di seluruh negeri ini.

Beliau berkata pihak petugas PAS mendapat maklumat lebih 240 lokasi telah ditetapkan untuk pemasangan kain rentang itu dengan tujuan mengelirukan penduduk setempat.

"Kain rentang tersebut mengambar seolah-olah ia dipasang oleh PAS dan juga DAP, sedangan kita tidak mengetahui langsung kewujudan kain rentang itu," kata beliau.

"Kesemua kain rentang itu berbentuk fitnah yang ditujukan kepada PAS yang mengatakan jika PAS memerintah hukum Islam dilaksanakan," katanya sambil menambah ianya bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Bercakap pada sidang media di pejabat PAS di sini, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata pihaknya telah mengarahkan agar setiap ahli PAS segera menanggalkan kain rentang tersebut jika ada melihatnya dipasang.

"Kita mengarahkan agar kain rentang tersebut ditanggalkan segera jika ia didapati dipasang.

"Kita turut berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilakukan pada kain rentang itu," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggunakan perkataan "Biro Penerangan PAS Pusat" pada kain rentang itu menunjukkan kain rentang tersebut didalangi Umno.

"Kita dalam PAS tidak menggunakan perkataan biro, PAS hanya menggunakan perkataan lajnah untuk setiap bahagian dalam pentadbiran PAS. Ini menunjukkan kain rentang itu milik Umno, mereka dah kantoi," katanya lagi.-sory beb gmbr terbalik..itu tandanya Umno yang buat kerja "Bangsat" ni akan Terbalik..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.