Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Siaran manifesto: Pakatan dakwa tidak adil, mahu penjelasan SPR
JAMILAH HAMZAH
8 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan pendirian ekoran pembentangan manifesto Barisan Nasional (BN) yang disiarkan secara langsung selama dua jam menerusi saluran-saluran televisyen, kelmarin.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyiaran itu bertentangan dengan  pengumuman Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini bahawa semua parti akan diberi 10 minit untuk membentangkan manifesto masing-masing menerusi RTM.

BN buat julung kali melancarkan manifestonya, yang bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" secara besar-besaran di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Tuan Ibrahim berkata, SPR perlu menyatakan pendirian bagi membuktikan badan itu adil dan saksama serta tidak memihak mana-mana parti politik.

"Saya nak Pengerusi SPR berikan komen mengenai penayangan manifesto dua jam di televisyen oleh BN.

"SPR kena berlaku adil dalam penayangan manifesto ini dan perlu nyatakan pendirian segera," katanya kepada Sinar Harian Online.

Malam kelmarin, RTM dan stesen swasta telah menyiarkan manifesto BN secara langsung dari Bukit Jalil.

Penayangan itu memakan masa selama dua jam dan turut dilihat beberapa siri ulasan mengenai manifesto BN secara langsung di kaca televisyen.

Hal ini, sama sekali melanggari beberapa perkara yang ditetapkan oleh kementerian dan SPR yang sepatutnya penyangan itu berdurasi 10 minit serta beberapa syarat yang ditetapkan termasuk perlu membuat rakaman terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua turut menggesa SPR menyatakan pendirian dalam isu pembentangan manifesto tersebut.

Tony berkata, walaupun SPR memberi alasan tidak mempunyai kuasa dalam isu penyiaran manifesto BN, namun badan tersebut perlu menyatakan kekesalan terhadap salah guna kuasa yang berlaku.

Tambahnya, bukan isu 10 minit yang dipersoalkan PR, tetapi keperluan akses media adil dan telus kepada semua parti politik.

"SPR perlu menyatakan pendiriannya untuk membuktikan mereka bebas dan tidak memihak kepada BN," katanya.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkatak, PR menolak menyertai penyiaran manifesto selama 10 minit yang ditawarkan oleh RTM.

"Kita memang telah tolak, tak akan gunakan masa itu, kita guna saluran lain," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.