Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SINAR HARIAN TOP SEKARANG


Wednesday, April 24, 2013

Sinar jadi perhatian

Akhbar Sinar Harian telah membuktikan betapa laporan dan pemberitaan yang adil tanpa berat sebelah sepertimana akhbar-akhbar harian Melayu yang lain pasti akan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.

Ini kerana rakyat telah muak dengan berita berat sebelah yang hanya menuduh pihak lawan tanpa memberikan keadilan pihak yang dituduh membuat pembelaan dan maklum balas.

Akhbar Sinar Harian memberikan pentas yang sama rata buat semua pihak menyatakan pandangan mereka tanpa ada unsur-unsur menghasut dan memfitnah.

Disinilah kekuatan akhbar Sinar yang patut dicontohi akhbar-akhbar Melayu yang lain. Integriti dan keadilan dalam melaporkan sesuatu berita pasti akan diterima baik oleh masyarakat yang telah muak dengan berita sebelah pihak.

Sudah pasti dengan sikap yang adil ini akan membuahkan hasil dari segi angka jualan dan keuntungan yang besar buat akhbar Sinar Harian.

Berbanding akhbar-akhbar suara parti BN baik berbahasa Melayu dan Inggeris yang kini di beri percuma setiap hari. Akhbar Utusan, Kosmo, BH dan New Straits Times diberikan percuma setiap hari sehinggalah hari mengundi dengan diletakkan di tempat-tempat awam seperti kedai-kedai makan dan di bank-bank. Tetapi, sehingga petang pun akhbar-akhbar tersebut tidak habis, langsung tidak disentuh rakyat.

Dua tiga hari ini, selepas menghantar anak ke sekolah, saya singgah di kedai untuk melihat-lihat akhbar yang dijual (melihat, bukan membeli), seawal jam 7.10 pagi akhbar Sinar Harian telahpun habis.

Ada beberapa orang yang merungut-rungut kerana selalu tidak dapat membeli akhbar Sinar. Ada juga yang membuat andaian dengan berkata akhbar Sinar selalu tiba lewat. Tetapi apabila ditanya tuan kedai, jawabnya memang akhbar Sinar selalu habis awal.

Syabas diucapkan kepada akhbar Sinar Harian yang menunjuk jalan bahawa keadilan itu pasti diterima ramai manakala yang berat sebelah akan ditolak. Akhbar-akhbar lain perlu bermuhasabah dengan perkara ini dan kembalilah menjadi wadah buat suara rakyat, bukan suara kepada sesuatu parti.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.