Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPR kesan tindakan dua individu menyamar sebagai pemerhati pilihanraya di Kelantan

April 22, 2013

PUTRAJAYA, 22 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya mengesan tindakan dua individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pemerhati pilihan raya semasa hari penamaan calon, Sabtu lepas.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perbuatan itu dikesan petugas pilihan raya di sebuah pusat penamaan calon di Kelantan.

“Pas pemerhati yang dipakai adalah palsu, bukan yang dikeluarkan oleh pihak SPR, mereka kemudian diserahkan kepada polis dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru, beliau menegaskan pihak yang berhasrat untuk berbuat sedemikian pada hari pengundian 5 Mei depan untuk melupakan hasrat tersebut.

“Pegawai SPR boleh kenal pasti setiap pemerhati yang dilantik, mereka akan menggunakan pas khas dikeluarkan SPR serta memakai baju khas. Profail mereka juga boleh dilihat dalam laman web SPR,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pemerhati agar bersikap neutral dan tidak boleh terlibat dalam mana-mana kempen politik.

Pada pilihan raya umum ke-13, ini SPR melantik 1,176 pemerhati bebas daripada 17 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu lima di semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah.

Jumlah pemerhati tertinggi ialah di Selangor iaitu 174 diikuti Sabah (135), Perak (129), Kelantan (122), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (94), Sarawak (93) dan Johor (83).

Mengenai pemerhati asing dari Filipina, Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Sekreteriat Asean, Wan Ahmad berkata, jawapan balas senarai delegasi yang akan hadir dijangka diperoleh minggu ini.

“Ada permintaan untuk menghantar lebih, tetapi SPR hanya menetapkan tujuh orang untuk setiap negara,” katanya. — Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.