Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR tentukan tarikh PRU13 10 April
Wartawan Sinar Harian
5 April 2013
Bubar Dun dan Adun
.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu depan untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya itu juga akan menetapkan tarikh pengundian awal dan menentukan daftar pemilih pilihan
raya umum berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat Rabu lalu, yang akan membuka laluan kepada PRU13.

Setakat tengah hari kesemua Dun telah dibubarkan.
"SPR menerima perisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April (Rabu lepas). Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri kecuali Dun Sarawak pula, SPR telah menerima perisytiharan pembubaran DUN masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembubaran Dewan Rakyat dan Dun itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri tersebut yang memberi laluan kepada SPR untuk mengadakan PRU13.

Kamaruddin berkata menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

"Peruntukan yang sama turut terkandung dalam Perlembagaan Negeri-negeri tersebut bagi maksud mengadakan pilihan raya umum bagi Dun," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.