Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH DIKETAHUI 2 HARI LEPAS, INI KALILAH

Pakatan tak terkejut pembubaran Parlimen
JAMILAH HAMZAH
3 April 2013
PRU13
PRU13
SHAH ALAM - Sementara desas-desus pembubaran Parlimen tiup kencang sejak pagi tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Ketua Pembangkang "Bubar Parlimen? Kami Pakatan Rakyat siap sedia! Reformasi," kata Anwar dipetik dari laman Facebooknya sejam sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Tun Razak membuat pengumuman secara rasmi pada jam 11.30 pagi tadi.

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi PRU13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Najib hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada PRU13 sejak negara merdeka," katanya.

Sehubungan itu, Pas pula telah mengjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada hari ini ekoran berlansungnya perjumpaan dengan ahli kabinet selepas seming Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata kebanyakkan pemimpin pembangkang tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Najib sebaliknya ia adalah masa yang sesuai.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, rakyat perlu memberi peluang pada PR pada PRU13 untuk melakukan perubahan.

"Saya tak terkejut, kami telah jangkakan tarikh itu hari ini disebabkan ada pejumpaan ahli Kabinet bersama Perdana Menteri dan telah seminggu Dun Negeri Sembilan terbubar.

"Ini adalah masa terbaik untuk membubarkan Parlimen.

"Ini juga masa terbaik untuk rakyat memberi peluang kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga menyatakan akan menghadap sultan negeri itu secepat mungkin untuk pembubaran Dun.

"Alhamdulillah, Parlimen akhirnya dibubarkan. Saya akan mengadap DYMM Tuanku Sultan secepat mungkin untuk bincangkan status Dun Selangor," katanya yang dipetik di laman mikro Twitter.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.