Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAN BUBAR PARLIMEN, TIADA YANG ADA BERKUASA

Taib perlu letak jawatan atau Najib perlu mansuh SPRM, kata pemimpin Pakatan

Oleh Mohd Farhan Darwis
April 06, 2013
KUALA LUMPUR, 6 April — Pemimpin Pakatan Rakyat beranggapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dimansuhkan kerana Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak boleh berbuat apa-apa apabila ketua menteri Sarawak enggan bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah tersebut.

Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, sebagai sebuah badan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong, SPRM seharusnya dihormati, namun tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud seakan-akan  memperlekeh badan tersebut diburukkan lagi apabila Najib sendiri dilihat tidak mempu melakukan apa-apa tindakan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Najib juga harus meletak jawatan ekoran keengganan Abdul Taib untuk bekerjasama SPRM berhubung pendedahan oleh Global Witness mengenai skandal balak di Sarawak.

“Apa yang lebih teruk ialah sifat bongkak Taib Mahmud sebagai seorang Ketua Menteri yang merasakan dirinya mengatasi undang-undang,” tegas Lim dalam satu kenyataan hari ini.

“Najib mesti menuntut supaya Taib meletakkan jawatan jika benar Najib komited dengan kedaulatan undang-undang, ketelusan, akauntabiliti dan membanteras rasuah memandangkan ia bukan sahaja memalukan BN tetapi juga negeri Sarawak dan negara Malaysia.

“Jika Taib tidak meletakkan jawatan, ini jelas memperlihatkan bahawa wujudnya ‘double-standard’  apabila Ketua Menteri Sarawak menikmati kekebalan undang-undang dari apa sahaja kesalahan yang boleh dikenakan ke atas rakyat biasa.”

Awal bulan lalu, penyiasat bebas Global Witness telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan aktiviti rasuah dalam industri pembalakan di Sarawak dengan menyamar sebagai seorang pelabur balak dari luar negara dan menemuramah sepupu Abdul Taib.

Abdul Taib sebelum ini dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya berhubung penyiasatan berkenaan, malah menyifatkan badan anti rasuah itu sebagai “nakal” dan telah “tidak jujur”.

Ketua menteri Sarawak itu turut menyifatkan siasatan rasuah SPRM terhadapnya menjadikan beliau sabagai mangsa.

“Rakyat Malaysia sedang menanti untuk melihat sama ada Najib berani untuk bertindak ke atas Taib disebabkan kenyataannya yang memalukan itu,” kata Lim lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan lebih baik SPRM dibubarkan jika Najib tidak berani mengambil tindakan terhadap Abdul Taib.

“Kenapa perdana menteri takut nak ambil tindakan? Sedangkan beliau telah menandatangani perjanjian integriti ... kalau macam tu bubar sahaja SPRM,” tegasnya.

“Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen daripada Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” tegasnya lagi kepada The Malaysian Insider.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan pihak SPRM apabila seseorang disiasat boleh menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, pula menegaskan tindakan yang dibuat Taib itu jelas menunjukkan Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya sehingga beliau berani mengatasi undang-undang.

“Tiada proses transformasi dalam BN,” katanya yang dikenali sebagai Tian Chua.
“Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.