PRU13
Tarikh penting PRU 2004 hingga 2013
BERIKUT ramalan penganalisis-penganalisis berhubung hari penamaan calon dan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Tarikh: Penamaan calon : 16 April, undi mungkin 26 April 2013 atau 27 April 2013 atau awal bulan Mei

Alasan: “Saya rasa SPR akan buat cepat sebab semua sudah bersedia hanya tunggu semua Dun bubar, tapi mungkin juga lewat sehingga bulan Mei sebabnya Perdana Menteri perlu menghadiri satu majlis iaitu Sidang Kemuncak Asean pada 24 April ini, itu penting."

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan


Tarikh: Penamaan calon mungkin hujung minggu depan atau dua minggu selepas mesyuarat SPR, undi tiga minggu selepas pembubaran Parlimen atau awal bulan Mei

Alasan: “Tak perlu lama-lama lagi untuk tempoh berkempen, lagipun semua parti sudah bersedia, rakyat juga ada keputusannya. Namun perlu lihat pula hari bercuti, tapi bukan hari cuti pun tak apa ini adalah tanggungjawab rakyat.”

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling


Tarikh: Penamaan calon, dua minggu lagi untuk penamaan calon manakala hari undi hujung bulan April 2013

Alasan: “Saya rasa semua sudah siap sedia tunggu SPR adakan mesyuarat minggu depan, saya rasa Perdana Menteri juga tak mahu lambat begitu juga SPR tak mahu lengahkan masa.”

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Ahmad Atory Hussein


Tarikh: Penamaan calon 27 April, undi 11 Mei

Alasan: “Mengikut perkiraan kita kalau tidak ada huru-hara, 27 April itu masa paling sesuai kerana ia juga jatuh pada bercuti untuk negeri seluruh negara, seperti pilihan raya umum sebelum ini, penamaan calon hanya 13 hari dari 27 April.”

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat


Tarikh: Penamaan calon 20 April 2013, 4 Mei 2013

Alasan: “Pemilihan 4 Mei dibuat kerana ia memberi tempoh untuk beberapa perkara  mengenai writ pembubaran Dun seminggu, penamaan calon seminggu selepas itu kemudian tempoh kempen 13 hari, kira 4 Mei sesuai, ia juga jatuh hari Sabtu."