Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Thursday, April 18, 2013

Fakta Menarik PRU13

Semakin hari, semakin sasau pemikiran Dr Mahathir yang sesak. Dia menuduh kalau Kit Siang menang, huru hara kaum akan berlaku. Orang Cina Malaysia jangan sekali kali lupa bahawa Dr Mahathir lah orang yang mempertikaikan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dahuu. Dan orang2 cina dahulu adalah datuk nenek kami. Satu undi untuk BN menandakan kamu mencemar ingatan keatas nenek moyang kamu. One vore for BN means you dishonour the memory of your forefathers.

Cuba para pembaca fikirkan. Orang Cina dalam negara ini berapa ramai mereka? 24% dari jumlah pendudu 29 juta. Ertinya 7 juta orang. Orang Melayu berapa ramai? 55% dari penduduk. Yakni 16 juta. UMNO mengajar yang 16juta takut kepada 7 juta orang. Mahathir ingat Melayu pondan ke? Bagaimana yang 7 juta ini boleh mengancam kedudukan orang Melayu secara fisikal?

60% penduduk negara ini agama mereka Islam. Yang beragama kristian sebanyak 9%.  Tapi UMNO ajar orang Melayu yang beragama Islam yang sebanyak 60% ini takut kepada yang 9%. Ini didikan UMNO.

Yang 9% ini mempunyai kekuatan luar biasa, keyakinan luar biasa sehingga dapat mengkristiankan yang 60%. Dari yang 60% itu, 20% ialah ahli UMNO. Seramai 3.2 juta. Yang 3.2 juta ini amat mudah di kristiankan? Bolehkah mubaligh kristian menasranikan Dr Mahathir, Muhyidin Yasin, Fathul Bahri atau Zul Nordin, atau Ibrahim Ali? Jika jawapan nya tidak, maka demikian juga lah jawapan nya kepada sama ada 9% ini boleh mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam.


DAP akan bertanding 50-52 kerusi parlimen. Jika DAP menang semua pun, DAP tidak boleh menubuhkan kerajaan secara berseorangan. Dia mesti dapat sokongan dan permuafakatan dari PAS dan PKR yang majority nya orang Melayu. Tentulah mustahil DAP dapat mendominasi orang2 PKR dan PAS.

DAP akur kepada perlembagaan Malaysia. Dan ia akur kapada kesemua peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah kedudukan orang Melayu, Raja2 Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.

Jadi, macam mana Mursyidul am UMNO boleh beritahu rakyat, tanpa sedikitpun malu dengan pembohongan nya, bahawa DAP boleh mencetuskan ketegangan kaum?

Yang mencetuskan huru hara ialah pihak yang tidak boleh menerima orang sudah menolak mereka. Yang mencetuskan huru hara ialah jenis Melayu yang dididik oleh UMNO 88 buatan Dr Mahathir. Jenis Melayu yang tidak menghormati pemikiran berbeza, yang tidak mampu menangkis penghujjahan dengan hujjah mereka sendiri. Jenis Melayu yang Dr Mahathir sifatkan sebagai pondan dan sebagai rapuh aqidah mereka.


credit to sakmongkol

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.