Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, April 4, 2013

Kerajaan Pakatan Rakyat dan Istana Sultan Cipta Sejarah di Selangor


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-12)
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor

Nota ringkas buat calon pru-13 PKR


Selangor cipta sejarah apabila DUN Selangor dibubarkan dalam upacara ringkas di istana.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas pertemuan rasmi dengan Sultan Selangor sebentar tadi.

Pertemuan ringkas lebih kurang 20 minit itu turut dihadiri Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Majlis itu diadakan di Istana Alam Shah, Klang, di sini.

“Warkah pembubaran ditandatangani Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan saya serta Ahli-ahli Dewan Diraja yang hadir,” kata Khalid pada sidang media selepas pertemuan itu.


Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi untuk memilih kerajaan mentadbir Selangor.

“Kepada pengundi Selangor, saya harap anda melaksanakan tanggungjawab mengundi dengan bijak supaya memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab.

“Saya harap rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyeru anggota keselamatan menjaga keselamatan awam terutama ketika hari penamaan calon sehingga pengundian.

“Kita juga perlu pastikan anggota kita menjaga kesejahteraan komuniti dan elakkan daripada terpengaruh dengan segala bentuk provokatif mana-mana pihak.

“Selain itu, ketua-ketua kampung dan taman (perumahan) perlu menjaga keselamatan masing-masing supaya pilihan raya dapat dijalankan dalam suasana harmoni dan selamat,” kata Khalid.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.