Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA BERSEFAHAMAN HUJAH DANGKAL BN

HUJAH NAJIB DANGKAL, ANDAINYA PENDAFTARAN PAKATAN RAKYAT LULUS TENTULAH DASARNYA SAMA, AKAN TETAPI PENDAFTARAN TERSEBUT DIBEKUKAN MAKA PAS, DAP DAN PKR BERTANDING ATAS TIKET MASING-MASING, NAMUN BAGI MEMBENTUK KERJASAMA DISEBUT SAHAJA PAKATAN RAKYAT BAGI MENUMBANGKAN KERAJAAN BN DAN DALAM BNPUN BUKANYA PARTI-PARTI DIDALAMNYA SENADA DASARNYA, SEBAB ITU RAKYAT YANG BANGANGPUN BOLEH FAHAM, UNTUK TADBIR NEGARA TENTU DASARNYA TELAHPUN DISIAPKAN, APA ADA MASALAH ?  - Pak Karamu

Pendirian Berbeza Pembangkang Bukti Mereka Tiada Kredibiliti Tadbir Negara - Najib



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan para penduduk ketika majlis Sarapan Pagi Bersama Penduduk Kampung Ketapang, dekat sini, hari ini. Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri DUN N22 Bebar, Mohamad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan).PEKAN, 25 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendirian berbeza pakatan pembangkang berhubung perkara dasar menunjukkan mereka tiada kredibiliti untuk mentadbir negara.

Beliau berkata ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai persefahaman dalam soal-soal melibatkan dasar, sekali gus memberi kepercayaan kepada rakyat untuk memberi sokongan kepada gabungan itu.

"Kita boleh ada perbezaan pendapat tetapi kita tidak boleh bertentangan dalam (soal) dasar. Dalam BN, kita tidak berbeza dari segi dasar utama negara, (dasar) pokok. Kita ada persefahaman. Yang berpakat adalah BN yang tidak berpakat adalah pakatan rakyat (pembangkang).

"Pendirian mereka itu (mengenai dasar) menunjukkan mereka tidak ada kredibiliti. Kita mesti ada kepercayaan dan kredibiliti, baru orang boleh sokong, " katanya ketika berucap pada program sarapan bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi Ketapang dekat sini, Khamis.

Pengerusi BN itu berkata antara soal dasar yang memperlihatkan kepincangan pembangkang ialah hukum hudud apabila PAS menyatakan dasar berkenaan akan dilaksana jika pembangkang memerintah negara ini sedangkan rakan sekutu mereka, DAP menolaknya.

Sebelum ini, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilapor berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Najib berkata jika dari segi pelaksanaan hudud sudah tidak wujud persefahaman dalam kalangan pembangkang, apatah lagi kalau hendak mentadbir Malaysia yang melibatkan hala tuju dan masa depan negara.

"Sudah tentu (mereka) tiada kredibiliti untuk mendapat kepercayaan rakyat. Kenyataan mereka bercanggah," katanya.

Selain itu, Najib berkata ketidaksepakatan pembangkang juga dapat dilihat menerusi pertembungan sesama sendiri di tujuh kerusi pada pilihan raya kali ini. Ini menunjukkan pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir membabitkan banyak perkara, kata beliau.

Mengenai kawasan Parlimen Pekan yang dipertahankannya pada pilihan raya ini, Najib berikrar untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan dan inisiatif termasuk projek yang sukar di kawasan itu jika beliau terus diberi kepercayaan rakyat di situ.

Katanya kawasan Pekan telah banyak berubah dengan pelbagai projek, antaranya pelaksanaan projek perumahan bersepadu di setiap kawasan dewan undangan negeri (DUN), projek tanaman 'rock melon' serta pembangunan Muzium Sultan Abu Bakar.

Ini semua menunjukkan kawasan Pekan sudah semakin pesat membangun, kata Najib.

Selain turut menerima bantuan yang disalur kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dinikmati seluruh rakyat yang layak, Najib berkata penduduk di Pekan juga menerima bantuan lain termasuk menerusi Yayasan Rahah.

"Ini satu usaha yang masih dalam perjalanan. Kita belum sampai ke penamat dalam memberi keperluan kepada rakyat dan membawa kemajuan lebih pesat di Pekan.

"Pilihan raya ini adalah seperti peperiksaan kepada saya. Apa yang saya janjikan (sebelum ini) saya sudah tunaikan dan pengundi (di Pekan) sudah iktiraf apa yang kerajaan dan saya lakukan," katanya.

Turut serta dalam proram itu ialah calon BN kerusi DUN Peramu Jaya, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan calon BN kerusi DUN Bebar, Mohd Fakhruddin Mohd Arif. Kedua-dua kerusi DUN berkenaan adalah dalam kawasan Parlimen Pekan.

-- BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.