Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tuan Ibrahim bakal tanding kerusi Dun Pahang
Wartawan Sinar Harian
9 April 2013
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding di kawasan Dun Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, pihaknya sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 ini.

“Kemungkinan besar saya akan bertanding di Dun; Parlimen rasanya tidak. Di mana (bertanding), tunggu Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) umum.

“Kita sudah bahagikan (kerusi) untuk lebih fokus,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di program Bicara Minda bersama Presiden Pas semalam.

Ditanya fokus kawasan yang akan ditandingi beliau, Tuan Ibrahim berkata, kawasan Kuala Krau menjadi fokus kepadanya sekarang.

“Saya fokus di kawasan Kuala Krau. Saya sudah bersedia sepenuhnya. Bahan kempen dan jentera juga sudah turun. Kita hanya tunggu tarikh penamaan calon yang akan diumumkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) esok,” katanya.

Kawasan Kuala Krau mempunyai dua kawasan Dun, iaitu Jenderak dan Kerdau, yang mana pada PRU12 kedua-dua kawasan itu dimenangi oleh Barisan Nasional.

Tuan Ibrahim juga menegaskan pihaknya yakin akan mengekalkan dua kerusi Dun yang telah dimenangi pada PRU 2008.
“Kita percaya akan kekal di dua kerusi itu dan menambah 10 lagi kerusi selain tambahan kerusi yang dimenangi PKR dan DAP nanti, bakal bawa perubahan besar.

“Untuk ambil alih itu kita tidak tahu tetapi kita yakin pertambahan kerusi itu akan berlaku,” katanya.

Sabtu lalu, Pas Pahang memutuskan akan bertanding 21 kerusi Dun dan enam kerusi Parlimen di Pahang.

Sehingga kini kerusi Parlimen Temerloh, Kuala Krau, Lipis, Jerantut dan Rompin sudah pasti akan diwakili Pas, manakala kerusi Parlimen Bera dan Maran masih dalam perbincangan dengan PKR.

Tuan Ibrahim berkata, kerusi Dun Kuala Semantan di Temerloh pula telah diputuskan calonnya adalah penyandang iaitu Syed Hamid Syed Mohamed manakala kerusi Dun Beserah ditetapkan untuk calon baru.

“Kerusi Dun Kuala Semantan kita kekalkan kepada penyandang manakala calon baru akan menggantikan Syed Mohamad Tuan Lonik di kerusi Dun Beserah kerana beliau mengalami masalah kesihatan, kita akan umumkan calon di Dun Beserah selewatnya lusa,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.