Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, April 9, 2013

Datuk Seri Najib Razak secara terbuka akui manifesto Pakatan Rakyat baik dan pratikal

Datuk Seri Najib Razak manifesto Pakatan Rakyat baik dan pratikal
Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan Umno BN secara langsung dan terbuka akhirnya mengakui manifesto Pakatan Rakyat mendepani pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah satu jaringan perancangan yang amat pratikal dan boleh dilaksanakan andai Pakatan Rakyat menang dan diberi peluang untuk mentadbir negara selepas PRU-13.

Perakuan, pengiktirafan dan penghargaan oleh Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan Umno BN terhadap intipati manifesto Pakatan Rakyat ini dilafaskan serentak dalam majlis perlancaran manifesto Barisan Nasional untuk PRU-13 akhir minggu lalu.

Dalam keadaan ketandusan pemimpin berilmu dan cerdik pandai dalam Umno BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menciplak hampir 100 peratus intipati manifesto Pakatan Rakyat yang pada awalnya dikatakan sebagai bakal membangkrapkan negara.


Selagi Umno BN Perintah, selagi itulah khazanah rakyat diratah.. !! 
Nota ringkas buat macai dan calon pru-13 PKR


Tindakan meniru dan menciplak hampir keseluruhan manifesto Pakatan Rakyat oleh Umno BN dengan sendirinya membuktikan seluruh kepimpinan Umno BN menerima, menghargai dan mengakui idealisma yang dibawa oleh Pakatan Rakyat melalui manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU-13.

Oleh yang demikian, Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada para pemilih dalam pilihan raya umum ke-13 nanti agar memahami maksud tersirat  Datuk Seri Najib Razak;
"Umno BN tidak mempunyai pakar perancang dan pentadbir negara yang berkemampuan, justeru; Rakyat harus beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara selepas PRU-13". ~ Najib Razak.

Kerajaan Rakyat

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.