Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Umno Permatang Pauh akan lawan Anwar habis-habisan

7 April 2013
PRU13
PRU13
BUKIT MERTAJAM - Umno Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
  
Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno.
  
Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar.
  
"Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi.
  
"Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.

  
Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin.
  
Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu.
  
"Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya.
  
Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi.  - Bernama

1 orang berkata:

1Crony said...

Nak bersunat kali ke-2, aduhai Jalil OOiii.....Kalau korang (UMNO) boleh menang di Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh terlalu bersimpati dengan nasib Anwar yang tak henti-henti dizalimi oleh pemimpin UMNO. Kalau zaman Pak Lah pun Anwar boleh menang majoriti 14,000 inikan pula dengan bantuan Presiden dan Parti DAP? Jangan mimpi di siang harilah, kalau berkokok berderai-derai tetapi buntut bergelumang tahi, apa gunanya?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.