Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Undi India terbuka untuk dimenangi, kata penganalisis

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
April 23, 2013
Ibrahim Suffian: BN bekerja lebih keras untuk undi India. — Gambar failKUALA LUMPUR, 23 April — Komuniti India Malaysia kekal sebagai demografi kunci dalam Pilihan Raya 2013 dengan penganalisis mengatakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing hebat untuk mendapatkan bahagian masing-masing daripada hampir sejuta undi itu. 
 
Lebih ramai kaum India mungkin akan mengundi BN kali ini berbanding 2008, kata penganalisis, dengan 52 peratus pengundi India yang ditinjau berpihak kepada gabungan pemerintah BN dalam tinjauan peribadi dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research sebelum parlimen dibubarkan bulan lepas.

“Meskipun begitu, BN tidak seharusnya memandang ringan undi kaum India,” kata pengarah eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider dan menambah tinjauan tersebut dilakukan sebelum BN menamakan pemimpin hak Melayu Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon pilihan raya mereka.

Naib presiden Perkasa itu dibantah berikutan dengan kenyataannya dalam satu klip video yang menghina agama Hindu. Beliau memohon maaf diatas kenyataan tersebut dan menyalahkan bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pencalonan Zulkifli di kerusi Parlimen Shah Alam, mengatakan semalam peguam itu memperjuangkan isu India seperti pembinaan sekolah Tamil dan kuil Hindu di ibu negeri Selangor yang kebanyakkan penduduknya merupakan kelas menengah.

Pencalonan Zulkifli telah menimbulkan bantahan daripada beberapa kumpulan, termasuk sekutu Umno MIC, parti India dalam BN, akan tetapi Najib kekal dengan keputusan parti pemerintah itu untuk pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Parti India pembangkang lemah dan eksploitasi terhadap pencalonan Zulkifli adalah tidak begitu tidak seperti yang dilakukan oleh organisasi penjawat awam,” kata Ibrahim.

Pengumpul pendapat itu juga mengingatkan, BN telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mendapatkan semula undi India yang mereka hilang pada pilihan raya umum 2008 selepas bantahan mengenai kedudukan ekonomi dan sosial kaum India ditangani dengan keras.

Beberapa pemimpin Hindraf yang menganjurkan protes ditahan tanpa bicara selepas demonstrasi pada 2007. Akan tetapi semua sudah dibebaskan dan sekarang beberapa bersama BN dalam Pilihan Raya 2013 termasuk pemimpin Hindraf P Waythamoorthy yang menandatangani perjanjian dengan Najib beberapa hari lalu untuk memperbaiki keadaan komuniti tersebut.

“BN telah bekerja lebih keras untuk undi India, tidak seperti Pakatan yang bergelut sejak beberapa tahun lalu untuk mendapatkan sokongan Melayu,” kata Ibrahim menjelaskan mengenai kelebihan BN dalam tinjauan tersebut.

Ambiga Sreenevasan: Bersih mendapatkan banyak sokongan daripada kaum India. — Gambar failPengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan yang telah menjelajah negara dan bertemu sebahagian besar komuniti tersebut, turut mengatakan undi India tidak menjadi jaminan kepada kedua-dua pihak dalam Pilihan Raya 2013.

“Saya tidak fikir mana-mana pihak harus mengambil mudah undi India,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila memberi komen mengenai hasil tinjauan Merdeka Center.

“Saya tidak fikir kaum India adalah deposit tetap. Saya tahu Bersih mendapatkan banyak sokongan daripada kaum India kerana mereka lebih janadaya,” kata beliau merujuk kepada pergerakkan untuk pilihan raya bersih dan adil.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga menyedari tinjauan tersebut dilakukan sebelum Zulkifli dinamakan sebagai calon BN dan perjanjian Hindraf dengan gabungan pemerintah itu.

“Zulkifli tidak sesuai dengan kaum India. Ramai orang India merasakan ia menunjukkan penghinaan sama sekali kepada mereka kerana kaum India diperkecilkan,” kata Ambiga.

“Beliau juga menyatakan, melalui perbualan dengan sejumlah kaum India mendedahkan terdapat kemarahan behubung perjanjian dilakukan oleh Waythamoorthy dengan BN, terutamanya kerana dilakukan menjelang pilihan raya.

“Meraka marah dengan memorandum persefahaman itu. Ia dilihat sebagai satu yang gagal sepenuhnya,” kata beliau dan menambah komuniti India rasa dikhianati oleh kumpulan itu berbanding dengan apa yang Hindraf perjuangkan pada 2007.

Kedua-dua gabungan meletakkan sejumlah calon India dalam Pilihan Raya 2013 di hampir 60 daripada 222 kerusi parlimen di mana komuniti tersebut merupakan minoriti yang ketara. Buntong di Perak adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai pengundi India terbesar dimana mereka berjumlah 48 peratus daripada 22,907 pengundi, diikuti dengan Cina 44 peratus dan Melayu enam peratus.

Kaum India mempunyai 950,000 daripada lebih kurang 13.3 juta pengundi yang layak mengundi untuk membuang undi pada pilihan raya umum 5 Mei akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.