Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WAJIB MARAH

Tuesday, April 9, 2013

Biasalah Beb....Bila Dah Kantoi!

Sebelum ini tak ada plak sesiapa yang komen PR ciplak BN
Masa PR bentang manifesto pun diam........
Tali bila BN bentang manisfesto dan PR kata ciplak baru sibuk katakan PR pula yang ciplak!
Haru sungguh bila semua yang berotak kelabu buat sesuatu dengan fikiran berserabut...

Muhyiddin dakwa Pakatan yang tiru manifesto BN
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
APRIL 09, 2013
 
KUALA LUMPUR, 9 April — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus terlibat dalam peperangan mulut mengenai “ketulenan” manifesto masing-masing dengan BN mengatakan PR meniru polisi sedia ada kerajaan untuk janji pilihan raya mereka.
Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah, parti pembangkang kekurangan pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai polisi yang dicadangkan tentang kebajikan dan rancangan mereka untuk mengurangkan harga kenderaan yang telahpun dilaksanakan.
“Sebenarnya sebaliknya yang berlaku. Mereka yang meniru kami,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang SPM di sini.
Beliau menambah tuduhan oleh PKR semalam 17 Aku Janji manifesto gabungan pemerintah itu adalah “ciplak” tidak berasas sama sekali.
Mengenai idea popular PR untuk menurunkan harga kenderaan, timbalan presiden Umno itu mengatakan BN sudah memang mahu menurunkan harga kereta di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan program perdagangan bebas lain.
“Kami sudah melakukannya.. bezanya kami akan melakukannya secara berperingkat dimana mereka mahu melakukannya sekarang tanpa mengambilkira kesan kepada industri kenderaan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.