Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WANITA UMNO TERKILAN ?

SABO NYAH OI ! SABOOOO ! TAK DAPAT JADI CALON TAK PE, MINTA PROJEK, BUAT LA PROJEK BIYO CEPAT KAYE , NANTI BARU LA MB KOME TU NAMPAK WANITA UMNO BERJAYA, SETAKAT NI BELUM ADA WANITA UMNO YANG BERKELIBO MACAM KAK JAT he he he  - Pak Karamu
 
'Di mana slogan wanita disanjung?'
Wartawan Sinar Harian
18 April 2013
'Di mana slogan wanita disanjung?'
Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam.
 
IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.

Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.

“Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

“Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan,” katanya.

Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.