Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 17, 2013


Parti bertelagah: Sekarang Ni Parti Mana Yang Bertelagah?

Hi..hii... sekarang ni parti mana yang bertelagah?
Parti mana yang ahlinya memberontak?
Parti mana yang ketandusan idea dan ketandusan Pemimpin 
Sehingga Sang Katak pun nak dijadikan Wakil?
Itulah tengok sebelum cakap Fikir sebelum buat!
Parti bertelagah sukar tadbir negara
Dhia Daniel| April 17, 2013
Pertelagahan itu akan menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran, kata Abang Johari.

KUCHING: Rakyat harus sedar parti yang sentiasa bertelagah tidak mampu mentadbir sesebuah negara kerana sukar mencapai kata sepakat dalam setiap perkara.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pertelagahan itu akan menimbulkan keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran.

“Oleh itu rakyat harus bijak memilih calon yang benar-benar layak dan komited bagi membolehkan parti diwakilinya akan mentadbir kerajaan kelak,” katanya.
Beliau merujuk kepada pertelagahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU 13) tidak lama lagi.
Menurutnya pertelingkahan itu sudah cukup membuktikan tiada kesepakatan dan persefahaman di kalangan ahli parti.
Beliau berkata rakyat harus sedar bahawa keadaan parti pembangkang sudah berada dalam kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.
“Bagaimana mereka (pihak pembangkang) hendak mentadbir dengan baik kalau keadaan dalam parti itu sendiri sudah berada dalam kucar-kacir,” katanya.
Abang Johari melihat pertelingkahan yang berlaku itu sebenarnya kedua-dua parti pembangkang itu, PAS dan PKR bercita-cita untuk menjadi pemerintah sekiranya menang kelak.
Oleh itu, katanya mereka bertelagah dan mahu meletakkan calon masing-masing di kawasan pilihan raya bagi membolehkan mendapat jumlah kerusi terbanyak seterusnya memungkinkan pemimpin tertinggi menjadi Perdana Menteri.
Abang Johari berkata apabila keadaan dalam parti sudah kelam kabut sudah pasti mereka tidak dapat mentadbir negara dengan baik.
“Macam mana mereka hendak mentadbir negara Malaysia dengan baik kalau mereka sendiri sudah berada dalam keadaan kelam kabut dan ini menunjukkan mereka tidak berpakat serta bersatu hati,” soalnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.