Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 17, 2013

PECAH BERITA! Umno Terus BERGOLAK Di SELURUH NEGARA!

 
Meneliti senarai calon yang ditampilkan Umno dan Barisan Nasional (BN) semalam, rupanya protes demi protes terbuka sudah dijangka hampir di seluruh negara.
Tindakan Pengerusi BN, Najib Altantuya kononnya hanya akan mengumumkan senarai calon BN enam hari sebelum penamaan calon bagi mengelakkan sabotaj dan protes nampaknya memakan diri.
Bukan setakat MCA Wangsa Maju dan Gelang Patah sudah menghentikan gerak kerja kempen, malah ia turut berjangkit dalam Umno sendiri!
Mendahului senarai ialah Umno bahagian Shah Alam yang dikatakan hanpir 'lumpuh' ekoran perlantikan naib presiden Perk@sa, Zulkifli Noordin sebagai calon BN parlimen majoriti Melayu itu.
Setakat ini, lapan bilik gerakan BN di parlimen itu dikhabarkan sudah ditutup sejak petang semalam sebagai tanda protes terhadap pencalonan Zulkifli.
Lain pula halnya dengan BEKAS timbalan menteri pertanian, Mohd Shariff Omar yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas menentang calon BN, Shabudin Yahya di parlimen Kepala Batas.
Shariff yang dijanjikan oleh BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi bahawa Nor Mohamed Yakcop cuma akan dicalonkan selama dua penggal sebelum diserahkan kembali kepadanya terasa ditipu hidup-hidup.
Ramai yang tahu, Shariff rapat dengan Anwar Ibrahim masa dalam Umno dulu, Sharif naik zaman Anwar jadi Pengerusi Perhubungan BN Pulau Pinang, cuma lepas Anwar kena pecat, Shariff bernaung bawah payung Abdullah.
Shariff, 66, adalah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1995 hingga 1999 dan sebelum itu, exco kerajaan negeri dari 1982 hingga 1990.
Lepas Anwar dipecat, Pak Lah bawa Shariff ke peringkat nasional jadi Timbalan Menteri Perhatian, namun sepak terajang politik Shariff tidak hebat mana di peringkat nasional, pada 2008, beliau tidak dipilih oleh Pak Lah untuk bertanding di Tasek Gelugor diganti dengan Nor Mohamad.
Shariff kemudian kalah pertandingan Ketua Umno bahagian dan kini hanya ketua Umno cawangan Pengkalan Haji Hassan.

Terbaru, Umno bahagian Sungai Petani pula bergolak sakan setelah nama Dr Shamsul Anuar Ismail diletakkan bertanding di kerusi parlimen itu menentang bekas penyandang dari KEADILAN, Johari Abdul.
Dr Shamsul ditolak beberapa pemimpin Umno bahagian kerana mereka mahukan calon pilihan, Shahanim Mohd Yusof sebagai calon mereka.
Satu demonstrasi aman diadakan di hadapan pejabat Umno bahagian dipercayai penyokong Shahanim yang juga naib ketua puteri Umno Malaysia sebagai tanda bantahan.
Dipercayai tindakan penyokong Shahanim ini bakal memberi laluan cerah buat Johari untuk mempertahankan kerusinya buat penggal kedua berturut-turut.
Demonstrasi aman yang bermula jam 10.45 pagi tadi terus mencalar imej Umno dan BN sekaligus hinggakan kepimpinan Umno bahagian kini dipercayai terpecah dua.
Menurut akhbar The Star, penyokong Shahanim yang tidak berpuas hati dengan keputusan Najib Altantuya itu mengugut akan memboikot Dr Shamsul semasa hari penamaan calon 20 April ini.
Juga di Kedah, kali ini melibatkan calon BN bagi DUN Ayer Hitam yang juga anak kepada BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad tidak ketinggalan turut menyatakan bantahan aman semalam.
Mukhriz yang diletakkan sebagai calondi kubu kuat PAS itu nyata tidak disenangi penyokong Umno kerana ia seakan menguburkan karier politiknya biarpun disebut bakal dilantik menteri besar sekiranya BN kembali berkuasa di negeri jelapang padi itu.
JALAN PULANG

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.