Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, April 17

GEMPAR: Umno Sabah pulak kena boo... [Baca...]

Sorak, bu di pengumuman calon Umno Sabah

Pengumuman calon Umno Sabah hari ini bercampur baur antara sorakan ceria dan nada tidak menyenangkan.

Ketika penyandang Kota Belud Abdul Rahman Dahlan menerima sorakan paling gemuruh ketika diumumkan mempertahankan kerusinya, rakannya Ronald Kiandee tidak begitu beruntung.

Pengumuman Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman (di rostrum) bahawa Ronald akan mempertahankan kerusi Beluran disambut suara bu daripada sebahagian daripada peserta dalam bilik yang penuh sesak.
Tidak lama selepas pengumuman dibuat, juga kedengaran suara bantahan lantang datang daripada seorang anggota Wanita Umno Lahad Datu yang hadir.
Beliau menjerit berulang kali dengan berkata tiada sesiapa akan menyokong calon Lahad Datu yang bukan anak kelahiran tempatan sebelum keluar daripada bilik acara di ibu pejabat parti itu di Karamunsing.

Musa sebelum itu mengumumkan bahawa Lahad Datu, yang diserang oleh 'Kesultanan Sulu', tidak akan dipertahankan oleh penyandangnya Datu Nasrun Datu Mansur, tetapi akan ditandingi oleh ahli perniagaan Yusuf Afdal. ~ M'kini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.