Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG NI SPR KENA JELASKAN

Jumaat, 12 April 2013

PRU13: Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?....perancangan yang rapi syaitan dikenali......


KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.

Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.

Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga hari sebelum hari mengundi.

Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.

Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.