12 Mei, 2013
Media Indonesia Bongkar 4 Faktor Utama Kemenangan BN Dalam PRU13
Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa
itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak
penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
1. Isu dakwat kekal yang luntur,
2. Pengundi hantu,
3. Pengundian berulang kali, dan
4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan
rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN
hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut,
Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222
kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk
pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah
pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan
Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata
laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang
ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya
tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN
yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila
mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam
pilihan raya lalu.
Baca laporan asal di SINI.
0 orang berkata:
Post a Comment