16 Mei, 2013
Keputusan Bancian Tidak Tepat, Rakyat Tidak Mahu Anwar Bersara
(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen
Padang Serai)Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada
16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu
yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau
mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan
akan terus berjuang menawan Putrajaya.
Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia
menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.Di
media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu
mahukan Anwar berjuang hingga selesai.
Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun
dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam
proses pilihan raya.Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong
Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana
Menteri. Anwar walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua
Pakatan Rakyat sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat
memberi kesan.
Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di
saat-saat getir sejarah negara. Situasinya mungkin berlainan jika
Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut
Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik.
Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah mendapat
tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati kebanyakan
rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang menyebabkan
wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara, dan membawa
demokrasi yang matang kepada Malaysia.
Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia. ~keadilandaily
Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia. ~keadilandaily
0 orang berkata:
Post a Comment