Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

2013/05/07

SAYA CINTA PAS..APAKAH KARENA CINTA PAS MAKA KITA HARUS KEHILANGAN LAHAN DAKWAH?

Saya terpaksa tulis perkara ini. Saya rasa perkara ini perlu disedari oleh setiap ahli dan penyokong PAS. Terutamanya ahli2 yang senior seperti saya ini yang telah berkorban untuk PAS puluhan tahun rasanya.

Termasuk Kedah, sudah dua kerajaan negeri jatuh dan hilang di bawah pemerintahan Presiden PAS.

Ia bermula dengan negeri Terengganu pada tahun 2004. Waktu itu Presiden PAS yang ada sekarang ini telah pun menjadi Presiden PAS.

Masuk ke dalam PRU 2004 dengan begitu yakin dan konfiden dapat menang semula di Terengganu.

Namun, malang seribu kali malang, apabila keputusan diisytiharkan negeri Terengganu terlepas dari tangan PAS. Dari sebuah kerajaan yang mengawal 2/3 kerusi DUN Terengganu PAS cuma mampu tinggal 5 kerusi sahaja.

Sehingga hari ini, PAS masih gagal menawan semula negeri Terengganu Darul Iman.

Dalam pilihanraya 2013 ini kita lihat PAS sekali lagi hilang kerajaan negeri.

Kali ini kerajaan negeri Kedah.

Presiden sudah pun diberitahu mengenai perangai dan tingkah laku UStaz Azizan Razak yang dibenci dan ditolak oleh bukan sahaja rakyat jelata tetapi juga ahli2 PAS yang tegar.

Malahan, ahli2 PAS turun berdemo menolak kepimpinan usang dan bodoh Azizan Razak. Exco2 pun sama protes kepimpinan Ustaz Azizan Razak.

Namun, Presiden dan SU Agung terus mempertahankan kepimpinan beliu. Amaran2 yang datang dari pelbagai sumber yang kredible serta berotoriti ditolak mentah2 oleh Presiden dan SU Agung.

Malahan, apabila di "konfron", Presiden dan SU Agung lah yang paling kuat mempertahankan kepimpinan Azizan Razak.

DEngan kata lain, Presiden dan SU Agung telah pun maklum akan risiko kepimpinan Azizan serta mereka telah pun tahu akan kejatuhan Kedah sekiranya Azizan dikekalkan.

Akhirnya, seperti Kerajaan PAS Terengganu 2004, negeri Kedah hanya bertahan satu penggal di bawah PAS.

Soalan Tulang Besi kepada pembaca sekelian adalah berapa banyak kerajaan negeri lagi yang harus runtuh sebelum ahli2 serta perwakilan2 memberhentikan kegilaan ini?

Adakah kita hendak tunggu sehingga hancur lebur PAS serta Pakatan Rakyat barulah kita hendak mengambil tindakan?

Ataupun kita hendak tunggu bantuan dari langit dari Allah? Kalau wujud bantuan Allah sudah tentulah PAS masih berkuasa di Terengganu dan Kedah.

Soalnya sekarang adakah kita masih mahu mengekalkan seorang Presiden semata-mata kerana doktrin Kepimpinan Ulama walaupun Presiden itu secara jelasnya telah hilang kelayakan memimpin semenjak 2004 lagi?

Adakah ini tanda2 Allah SWT redha dengan PAS kerana mengamalkan kepimpinan ulama?

TULANG BESI

ps jangan lupa ucapan Presiden yang menghentam PKR serta PSM pada hari penamaan calon dalam youtube serta pertandingan2 3 penjuru yang sepatutnya dapat dielakkan sama sekali oleh Presiden. Semua ini membawa kepada jatuhnya undi kepada PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.