Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
21,000 pelanggan di Segambut, Jalan Duta alami gangguan bekalan air
8 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Sejumlah 21,000 pelanggan sekitar Segambut dan Jalan Duta mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah ekoran kerja pengalihan paip air yang lewat disiapkan mengikut jadual asal.
  
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata hujan lebat malam tadi dan petang ini menyebabkan pihak kontraktor menghadapi kesukaran untuk menyiapkan kerja tersebut.
  
"Syabas bersama kontraktor yang dilantik sedang berusaha memastikan agar kerja pengalihan paip ini dapat disiapkan pada 12.30 tengah malam," menurut kenyataan itu.
  
Antara kawasan yang mengalami gangguan adalah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Taman SPPK Segambut, Jalan Segambut, Taman Segambut, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Jalan Kelapa Bulan, Jalan Kelapa Hijau, Jalan Kelapa, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Kensington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta dan Duta Ria.
  
Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat selewat-lewatnya 12 tengah hari esok.
  
Selain itu, Syabas juga menyediakan enam lori tangki untuk membantu membekalkan air kepada para pengguna yang terjejas.
  
Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.