Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Al;aa ! masa ni la kita nak balas jasa kerajaan ! barang naik sikit jew !

Kerajaan dah bagi BRIM kat rakyat dua kali, lain pula yang wakil rakyat bagi  pada PRU yang lepas, dengan kain pelikat, batik, beras, gula, susu  dan wang saku rm 200, so apa lagi kome nak ? Kome patutlah bersyukur kepada mereka, kalo depa tak bagi mungkin kome mati kebulor ! Pak Karamu

 

Buktikan BN tidak sinonim dengan Harga Barang Naik

"Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu" merupakan ikrar BN pada PRU12....Kini PRU 13 telah berlalu walaupun kemenangan BN di peringkat Pusat belum diwartakan.


 Pemuda PAS tubuh JK Khas anti kenaikan harga barang

Anis Nazri,/ harakahfdaily     11 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini melancarkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu kenaikan harga barang yang sudah mula dirasai rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Khas Anti Kenaikan Harga Barang itu akan dipengerusikan Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan, berkata penubuhan jawatankuasa itu diputuskan dalam mesyuarat pertama dewan itu selepas pru13 lepas.

"Kita dapat jangkakan dengan keputusan pru lalu, akan berlaku kenaikan harga barang, yang mungkin juga harga minyak seperti pengalaman selepas pru-pru yang lalu," tegas beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan dewan itu, hari ini.

Jelas beliau, jawatankuasa ini bertujuan bagi memberikan tekanan kepada kerajaan untuk tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya, selain meneruskan kempen kesedaran di kalangan rakyat untuk membantah kenaikan harga barangan.

"Kerajaan BN seharusnya sedar agar tidak membalas jasa rakyat yang telah memilih mereka pada pru lepas dengan menaikkan harga barangan, selain rakyat juga perlu sedar tentang hak mereka dan bukannya menjadi mangsa," tegas beliau.

Sehubungan itu, untuk tempoh terdekat ini, jawatankuasa tersebut akan mendesak kerajaan BN untuk menurunkan harga barang, sekaligus turun padang bagi memobilisasikan rakyat untuk bangun membantah kenaikan harga barang.

"Sama ada kita menang atau kalah, agenda kita untuk memperjuangkan hak semangat rakyat terus dijalinkan," tegas beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.