Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ambiga: ‘Tribunal Rakyat’ Bersih akan jadi ‘kuasa moral’ dedah dakwaan penipuan pilihan raya

OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
May 21, 2013
Ambiga Sreenavasan: Matlamat utama untuk mengumpul bukti penipuan. — Gambar failKUALA LUMPUR, 21 Mei — “Tribunal Rakyat” yang ditubuhkan Bersih 2.0 mungkin tiada kuasa perundangan tetapi menjadi “kuasa moral” untuk mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya, kata Datuk Ambiga Sreenavasan yang mempertahankan langkah terakhir kumpulan itu untuk membuktikan salah laku dalam pilihan raya 5 Mei lalu. Aktivis hak asasi terkenal itu memberitahu The Malaysian Insider Bersih 2.0 akan meneruskan usaha untuk menubuhkan tribunal yang akan diumum dalam tempoh dua ke tiga minggu ini, walaupun mendapat kritikan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Memang benar ia tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang atau statut. Itulah sebabnya ia dipanggil Tribunal Rakyat,” katanya ketika dihubungi di  sini.
“Ia akan menjadi satu tribunal untuk mengumpulkan bukti dan apa yang kita ada ialah kekuatan moral untuk membuktikan penipuan yang kita dedahkan. Itu adalah matlamat utama, mengumpul bukti,” tambah beliau.
Pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Bersih 2.0 mengumumkan rancangan untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat beratus-ratus laporan penipuan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya.
Gabungan lebih 80 badan bukan kerajaan tersebut menegaskan faktor utama keputusan pilihan raya yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) adalah kerana penyelewengan, serta tidak akan mengiiktiraf keputusan tersebut sehingga mereka mengenalpasti ke semua tuduhan penipuan.
Selepas PRU13, BN terus mengekalkan pemerintahan mereka sejak negara Merdeka pada 1957 tetapi dengan majoriti lebih kecil di Parlimen.
BN mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli juga telah berkata aduan yang sama akan dibawa ke dalam “Tribunal Rakyat” Bersih 2.0, di mana bukti yang akan dibawa PR akan dilihat dengan lebih serius berbanding undang-undang dalam mahkamah.
Ambiga berkata kepada The Malaysian Insider semalam tribunal itu akan dipengerusikan oleh panel lima anggota, yang akan terdiri daripada individu yang mempunyai reputasi baik dan bukan ahli mana-mana parti politik ataupun daripada kumpulan Bersih 2.0 sendiri.
Beliau berkata panel tersebut akan mengeluarkan rangka untuk mereka menjalankan siasatan, selain membuat keputusan mengenai terma rujukan yang sesuai, sebelum memulakan sebarang sesi pendengaran.
“Kami mengharapkan beberapa jenis cadangan atau penemuan dibuat. Ia akan diserahkan kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk badan-badan hak asasi manusia seperti Suhakam,” katanya.
“Bagi Bersih ... peranan kita adalah hanya untuk memudahkan penubuhan tribunal. Sehubungan dengan itu, kami tidak akan terlibat. Ia mesti benar-benar bebas,” katanya.
Ambiga juga menjelaskan bahawa penubuhan tribunal itu mengambil masa lama daripada yang dirancang kerana kerumitan skop siasatan, serta pemilihan ahli-ahli panel.
“Kami asalnya mahu ia dilakukan pada bulan Jun tetapi ia kelihatan mustahil pada ketika ini. Kami perlu mengumumkan panel itu dalam masa dua atau tiga minggu.
“Tetapi apabila panel memulakan pendengaran mereka, ia terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan mereka,” katanya lagi.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak 84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia.
“Kami telah berjaya menjalankan pilihan, sebanyak 85 peratus pengundi keluar... kami telah jalankan tugas dengan baik berdasarkan jumlah keluar mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar minggu lepas.
PR telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan PRU13, malah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemenangan PR telah dicuri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.