Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anggota polis terima 26 jahitan di leher selepas dicederakan lelaki mabuk

8 Mei 2013
BUTTERWORTH - Seorang anggota polis menerima 26 jahitan selepas cedera di leher ketika cuba mententeramkan seorang lelaki mabuk yang sebelum itu mencederakan empat pengunjung sebuah pusat hiburan di Perai, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek berusia 43 tahun yang dalam keadaan mabuk mengeluarkan pisau lipat dari kocek belakang seluarnya dan mengamuk dalam pusat hiburan berkenaan.

"Suspek terbabit bertindak melibaskan pisau ke arah pengunjung di pusat hiburan  berkenaan dan mengenai empat lelaki yang berada di situ.

Semua mangsa berusia 27 hingga 43 tahun cedera di leher dan turut menerima jahitan," katanya di sini hari ini.

Katanya lelaki itu kemudiannya keluar dari pusat hiburan itu dan masih mengamuk dan seorang anggota polis berpangkat koperal yang berada di sebuah gerai makan berhampiran tempat kejadian cuba menghampiri lelaki itu bagi mententeramkannya.

"Bagaimanapun lelaki terbabit bertindak mencederakan anggota polis itu dengan  pisaunya sebelum berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan,"  katanya.

Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di Sungai Petani, Kedah dan seorang daripada empat lelaki yang cedera masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala dua lagi dan suspek yang juga cedera telah dibenarkan keluar hospital. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.