Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Anwar ajak rakyat tolak unsur tipu PRU13
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menghadiri satu perhimpunan yang akan diadakan di Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya diadakan, semalam.

Beliau mendakwa, permintaan mudah rakyat untuk pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan dipilih bertanggungjawab, telus serta bebas rasuah akan terus bergema di sebalik perhimpuanan ini.

"Hakikat bahawa Pakatan Rakyat (PR) memenangi undi popular dengan perbezaan yang besar (50.3 peratus, berbanding dengan BN 46.8 peratus) mengesahkan mandat yang diberikan kepada kita dan membuktikan berlakunya penipuan pada pilihan raya lalu.

"Suara hati kita tidak membenarkan kita menerima keputusan pilihan raya dijelmakan melalui penipuan dan menipu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan BN meraih 133 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat (PR) mendapat 89 kerusi.

Anwar menjelaskan, desakan ini dibuat selepas mendakwa SPR bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara.

Dakwa beliau,  satu perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan menumpukan masa dan tenaga untuk bekerjasama dengan Bersih serta rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa SPR yang baru ditubuhkan dan bebas secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya," dakwanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.