Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? UDAH TERCAKAP PAK LAH OIII, NAK BUAT MACAM MANA ?

Pak Lah: Jangan jadikan keputusan PRU13 isu perkauman
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2013
Abdullah
Tun Abdullah Ahmad Badawi
KUALA LUMPUR - Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata pengganti beliau Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi pemimpin terbaik untuk menerajui negara selepas pilihan raya umum.
  
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau memberikan sokongan penuh kepada Najib dan berharap perdana menteri akan meneruskan agenda transformasi beliau.
  
"Rakyat Malaysia telah memberikan isyarat jelas yang mereka mahukan perubahan dan Najib perlu respons kepada itu dengan mempergiatkan lagi program transformasi beliau untuk menangani isu seperti rasuah, jenayah dan kos hidup.
  
"Saya percaya beliau sudah mempunyai strategi-strategi untuk melakukan penambahbaikan dalam bidang-bidang berkenaan," kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan hari ini.
  
Abdullah kini berada di Bahrain untuk menghadiri mesyuarat tahunan ke-31 Majlis Antara Tindakan.

Abdullah yang melepaskan jawatan awal 2009 berkata, beliau juga ingin menyeru supaya rakyat bersatu padu dan sedia untuk bermuafakat.

"Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman.

"Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat," katanya. Abdullah juga mahu pihak pembangkang untuk menerima dan menghormati keputusan pilihan raya.

"Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati kestabilan dan kepastian yang hanya tercapai apabila semua pihak dapat memperakui keputusan pilihan raya.

"Marilah kita terus maju ke depan demi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

dgn isu perkauman begini masyarakat cina akan terus menjauhi bn, dan isu begini akan terus dibawa ke pru14 nanti bagi meraih undi cina oleh pr.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.