Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bahasa

Cina keliru menyebabkan tsunami anti-BN, kata Nazri

TERKINI @ 04:26:58 PM 08-05-2013
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA
May 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Masyarakat Cina dikelirukan sehingga memikirkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kata ahli politik kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyertai rakan-rakannya menggambarkan keputusan pada Ahad sebagai “tsunami Cina”. 
 
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan tsunami yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar, kerana jelas dari keputusan pilihan raya, masyarakat Cina “mengundi mengikut garis kaum”.

“Mari kita bercakap dengan fakta. Sangat jelas mereka mengundi mengikut garis kaum. Saya tidak akan meminta maaf tentang fakta ini.

"Apa yang ingin saya katakan adalah mereka dikelirukan, ramai diantara pengundi kali pertama ini sangat naïf... memikirkan mereka boleh menjatuhkan BN dan memikirkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera boleh dimansuhkan," kata beliau kepada The Malaysian Insider melalui telefon semalam.
Menurut Nazri, ini tidak akan berlaku kerana orang Melayu dalam PAS atau PKR tidak berani untuk meminda Perlembagaan untuk tujuan ini.

Beliau berkata walaupun mendakwa dirinya sebagai pemimpin liberal dan mempercayai keadilan untuk semua, pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berani untuk menjadi "perdana menteri yang menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

"Cuba tanya dia dan lihat. Tiada siapa dari mereka yang berani melakukan ini. Jadi masyarakat Cina telah dikelirukan. Di sini mereka silap," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.