Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bila ada yang mengundi dua kali maka SPR wajib dimaki



12 Mei, 2013

Panas!! Individu Lapor Polis Dakwa Boleh Mengundi 2 Kali Di Tempat Sama

KUANTAN, 12 Mei - Kreadibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini semakin tercalar dengan tindakan seorang individu membuat laporan polis mendakwa beliau begitu mudah boleh mengundi sebanyak dua kali di dua tempat yang sama.

Laporan dibuat oleh Mohd Fafhli Khaharuddin dari Kuantan. Menurut laporan tersebut beliau membuat laporan polis mengenai daftar undi SPR yang membolehkan dia mengundi dua kali pada Hari Pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 minggu lalu. 

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, dan kemudiannya undi kali kedua pada jam 1.15 petang di okasi yang sama. 

Saya tak mengundi kali kedua itu sebaliknya berhasrat untuk menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kreadibiliti SPR yang cukup lemah seperti dakwat kekal. Ini membolehkan saya mengundi dua kali tetapi tidak dibenarkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4", katanya. 

Beliau juga ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar. Selesai mengundi buat kali pertama, beliau pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, "Saya basuh tangan menggunakan sabun mandi (jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. 

Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal. Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. 

Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza", tambahnya lagi. 

Beliau kemudian mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi katanya. Beliau beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian, beliau juga mengikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal, dan penerimaan kertas undi.

Beliau berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Apapun, beliau tidak membuang undi ketika itu, tetapi membawa kertas undi dua helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. 

Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan beliau , dan mahu merujuk kepada pegawai atasan mereka mengenai apa yang berlaku. "Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. 

Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku. Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?" Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". 

Tiada kata penyelesaian", tambahnya. Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali. Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. 

Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti beliau mengundi dua kali dan dia menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan dia bawa keluar kertas undi tersebut. 

Beliau cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untuk mengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. KTM masih tidak membenarkan, beliau kemudian meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambarnya, kad pengenalan, kertas undi dua helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. 

Oleh kerana tiada kata putus dari mana-mana pihak, beliau akhirnya meminta kebenaran untuk buat laporan polis. "Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah.


Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku. Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. 

Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. 

Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8.00 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya. 

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". 

Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali kedua dan bagi mengelakkan saya daripada didakwa cuba untuk mempermainkan sistem pilihanraya", ujarnya. ~pahangdaily online

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.