Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Demonstrasi jalanan tidak selesai masalah
Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2013
Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh membuang undi di SK Kampung Sirih, semalam.
 
KOTA BHARU - Calon Barisan Nasional (BN) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihati para penyokong parti politik supaya membuat perundingan dan tidak mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

“Orang kecewa selalunya macam tulah, macam-macam akan timbul, tetapi kenapa nak buat huru-hara, kalau kita bergaduh pun tak selesai masalah, bahkan akan merumitkan lagi penyelesaian masalah yang kita hadapi.

“Kita perlu berunding di tempat yang lebih baik, kepada sesiapa pun, untuk selesaikan masalah, kita dah ada otak untuk berfikir, mengapa kita nak ikut 'the law of the jungle”, tak patut kita berbuat begitu sebab orang lain yang akan menanggung kesusahan,”
katanya kepada media selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh, semalam.

Tengku Razaleigh berkata, setiap orang yang melalui kekalahan akan merasa kecewa dan perkara sama juga berlaku pada dirinya jika beliau menerima nasib tersebut.

Namun begitu, beliau berkata, itu bukan satu cara yang baik untuk mengakhiri setiap perjuangan yang dilakukan selama ini.

Sementara itu, beliau hadir tepat jam 2.50 petang ditemani dua pegawai peribadi bagi membuang undi di sekolah itu dan beredar kira-kira lima belas minit selepas itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.