Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dr Chandra Muzaffar SAHKAN Kebodohan Najib...

Apakah kerana Dr Chandra Muzaffar terasa dihati,, kenapa ia tak dilantik sebagai Senator dan juga Menteri,, sedangkan pengkhianat negara seperti Pengerusi Hindraf Najib lantik menjadi Timbalan Menteri..


Ha ha ha,, maka inilah jadinya...


"Batal pelantikan, angkat sumpah kali ke-2"

pada 22-05-2013 07:05 




Post Pic
SHAH ALAM: Ahli Sains Politik veteran, Dr Chandra Muzaffar menggesa kerajaan membatalkan pelantikan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tiga Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah sebelum dilantik sebagai Senator.
Kata beliau, pelantikan tersebut tidak sah kerana kelima-lima individu berkenaan bukan ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat ketika diangkat menjadi ahli Kabinet pada 16 Mei lalu.
"Tidak sah. Mereka harus dilantik sebagai Senator atau anggota Dewan Negara dahulu, baru mereka boleh angkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan berhubung tindakan kelima-lima ahli Kabinet yang hadir untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong pada majlis minggu lalu.
Dua Menteri berkenaan adalah Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) manakala tiga Timbalan Menteri ialah Waytha Moorthy (JPM), Dr J. Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).
Megulas lanjut Chandra yang juga pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia berkata cara terbaik untuk memperbetulkan kesilapan tersebut adalah melalui tindakan angkat sumpah kali kedua memandangkan tiga dikalangan mereka telah mengangkat sumpah sebagai Senator, semalam.
"Mungkin yang paling mudah, mereka ini harus angkat sumpah sekali lagi sebagai Menteri dan Timbalan Menteri kalau kita nak ikut peraturanlah. Kerana mereka telah dilantik sebagai senator, bermakna sudah sah kedudukan mereka.
"Prosedurnya mungkin Ketua Setiausaha Negera (KSN) harus membatalkan pelantikan mereka dahulu. Pelantikan mereka mungkin sah, tapi angkat sumpah perlu dibatalkan dan mereka perlu angkat sumpah kali kedua. 
"Ini satu prosedur pentadbiran yang tidak begitu sukar dari segi undang-undang kerana ini adalah satu kesilapan, satu kekhilafan yang dilakukan. Inilah cara untuk mengatasinya," katanya.


Asyik tersilap sahaja Najib ni,,,ingat lagi tak isu  Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dalam bajet 2012 membuatkan Cuepacs termasuk Presdien Omar Osman naik minyak membantah,, terpaksa Najib tarik balik.... 

Apakah kali ini KSN baru Ali Hamsa


  
akan menerima Nasib seperti mamat ni



 Ha ha ha,, itulah,, kerja yang terlebih mengampu,, kan dah tertonggeng.. 





free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.