Hot Terkini!! Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Azmin Ali Dalam Waktu Ini? Jom Terjah!!!
3:37 PM
No comments
PETALING JAYA: Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil
memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan
kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter
miliknya Selasa lalu.
Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).
Malah, timbul khabar
angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.
Azmin dalam Twitternya
pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad
lepas.
"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya.
Beliau turut dilihat
mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan
haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang
kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung
keputusan PRU-13 Ahad lepas.
"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.
Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.
"Terima keputusan
rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat
demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat letih dengan
asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan.
Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab.
Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi.
Azmin memperoleh 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi .
-Mstar
-Mstar
0 orang berkata:
Post a Comment