Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jauhkan diri daripada perangkap perkauman, kata rakan Melayu DAP kepada pihak berkuasa

May 07, 2013

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Rakan Melayu DAP mengecam tindakan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya umum, langkah bertujuan untuk mewujudkan jurang antara kaum di Malaysia.

PAS hari ini menggesa pihak berkuasa supaya berhenti memerangkap rakyat Malaysia daripada mencetuskan provokasi perkauman selepas akhbar Utusan Malaysia menerbitkan artikel perkauman “Apa lagi Cina mahu” di muka hadapan hari ini.

“PAS menggesa pihak berkuasa segera melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman,” kata setiausaha agung parti Islam tersebut, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa berkata keputusan pada pilihan raya Ahad lalu adalah penolakkan daripada semua masyarakat terhadap BN, dimana mereka kehilangan undi popular buat kali pertama sejak mencapai Kemerdekaan 56 tahun lalu.

Hanya mereka yang tidak bertanggungjawab melihat tersebut penolakan daripada sudut kaum, kata Mustafa, mengulangi pendirian yang dinyatakan oleh naib presiden, Datuk Mahfuz Omar sebelum pilihan raya 5 Mei lalu yang berjanji melindungi semua rakyat Malaysia daripada sebarang provokasi kaum yang mungkin berlaku selepas pilihan raya yang berakhir baru-baru ini.

Mahfuz menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 April lalu sebagai seorang arkitek persengketaan kaum dengan menggalakkan politik ketakutan melalui tulisan blognya.

Naib pesiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) juga menyatakan kemarahan beliau di Twitter.

“Saya terkejut membaca muka hadapan Utusan. Saya berdiri dengan semua rakyat Malaysia lain yang menentang provokasi berbentuk perkauman!” katanya dalam akaun Twitter @ n_izzah.

Ekoran tulisan akhbar tersebut, ia telah mencetuskan kemarahan di alam maya serta menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengalih pandangan terhadap kritikan ke atas akhbar milik Umno tersebut, sebaliknya mendakwa parti dominan masyarakat Cina, DAP telah mengelirukan masyarakat tersebut dengan mengatakan undi kepada mereka akan membawa perubahan kerajaan.

“Kamu menyalahkan Utusan tetapi kamu tidak bertanya tentang akhbar Cina,” kata Najib pada sidang akhbar apabila ditanya bagaimana mahu mencapai perpaduan nasional jika Utusan berterusan memainkan isu perkauman.

Beliau tidak menerangkan tentang perkara yang dibantah beliau dalam akhbar berbahasa Cina.
Najib mengeluarkan kenyataan tentang “Tsunami Cina” dalam ucapannya sejurus selepas kemenangan pada tengah malam sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) mengumumkan BN sebagai pemenang tetapi dengan majoriti muda, namun seorang wartawan veteran menolak persepsi yang seperti dikata perdana menteri tersebut.

Pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133.

Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Sementara Pakatan Rakyat (PR) dapat meningkatkan pengusaan mereka di Parlimen apabila mendapat 89 kerusi berbanding 82 dalam Pilihan Raya 2008. Akan tetapi, negeri Kedah yang dimenangi mereka pada 2008 gagal dipertahankan.

Semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.