Jumaat, 10 Mei 2013
TURUN TURUN TURUN
TURUN TURUN TURUN
TURUN TURUN
TURUN
#BLACK505 DI PULAU PINANG, PERAK, PAHANG DAN JOHOR
Saya
mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul.
Perhimpunan #black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu
membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara
yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih
seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
KEADILAN
yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan
menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan
pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh
itu, gelombang #black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara.
Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
Saya
juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa
symbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan
penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Razak
dengan kerjasama pimpinan atasan SPR.
KEADILAN telah menubuhkan 2 pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihanraya akibat penipuan berleluasa.
Satu
pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri
yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan
umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen
pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu
yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan
undang-undang terhadap mereka.
Saya
akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media
pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.
Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepadasiasatpru13@gmail.com
Pasukan
kedua diketuai oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan
gelombang #black505 di seluruh negara.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
10 MEI 2013
0 orang berkata:
Post a Comment