Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kedudukan MCA dalam kabinet akan ditentukan kemudian

15 Mei 2013
PUTRAJAYA - Kedudukan MCA dalam kabinet akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana menteri berkata, sekiranya kerajaan mahu mempertimbang penyertaan mereka dalam kabinet, maka keputusan EGM itu perlu diubah.

Dalam menarik perhatian mengenai MCA yang tidak menyertai kabinet yang baru dibentuk, beliau memberi jaminan kerajaan akan memberi khidmat kepada semua kaum.

“Oleh kerana kita pegang kepada konsep BN (Barisan Nasional), tidak kira daripada mana parti, kita juga mesti beri pertimbangan kepada semua kaum,” katanya pada persidangan media selepas mengumumkan senarai kabinet Persekutuan di Bangunan Putra Perdana di sini.

Ditanya bilakah wakil MCA dapat menyertai kabinet, Najib berkata itu urusan MCA untuk menentukannya dan menambah kata beliau telah memperuntuk sebuah kementerian (Pengangkutan) kepada MCA dan ia kini dipangku untuk membolehkan
kementerian itu dipimpin MCA sekiranya mereka dapat meminda keputusan EGM itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.